Home Berita PAS Sarawak

Tahniah Kontinjen PASTI Miri

601
SHARE

MUKAH, 15 Mei 2017 – Seramai 30 orang pelajar PASTI Kawasan Miri berusia 4 hingga 6 tahun telah turut serta di dalam Pertandingan Alam Ria peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Politeknik Mukah semalam.

Berbekalkan semangat yang kental, perjalanan sejauh 418 kilometer tidak menjadi penghalang buat anak-anak kecil ini bermusafir bersama keluarga dan guru-guru demi mengharumkan nama PASTI Kawasan Miri di dalam pertandingan yang dianjurkan setiap tahun ini.

Menariknya pada tahun ini, hampir keseluruhan kategori yang dipertandingkan diwakili oleh para peserta PASTI Kawasan Miri termasuklah pertandingan berkumpulan iaitu nasyid dan kalam jamaie.

Daripada 11 acara yang dipertandingkan, PASTI Miri berjaya memenangi 2 pingat gangsa di dalam acara kalam jamaie (berkumpulan) dan bercerita perempuan yang diwakili oleh adik Nik Safi Widad binti Nik Muhamad Taufik (5 tahun).

Manakala adik Hassan Hanif bin Mohd Noor, 6 tahun (sajak lelaki), adik Arissa Afrina binti Samri, 6 tahun (sajak perempuan), dan adik Muhammad Danish bin Abdullah, 6 tahun (khutbah) masing-masing membawa pulang hadiah tempat kedua di dalam acara yang disertai.

Kalah dan menang adat pertandingan, diharapkan penyertaan anak-anak PASTI Kawasan Miri tahun ini menjadi satu platform bagi mereka belajar erti tidak putus asa dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua ibubapa yang sangat komited dan sentiasa menyokong anak-anak yang bersekolah di PASTI Kawasan Miri.

{jathumbnail off}