Home Berita PAS Selangor

Tahniah Khidmat Malaysia kawasan Sabak Bernam – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

70
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sabak Bernam | Dalam kekalutan politik pelbagai persepsi yang tidak hirau suasana pendamik, di luar sana realitinya ramai lagi rakyat yang bergelut dengan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga. Sikap peduli terus dibuktikan oleh penyelaras-penyelaras Khidmat Malaysia (KM) dan PAS Kawasan.

Menurut Tuan Shehdi Hazrik selaku Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Khidmat Malaysia seluruh kawasan Negeri Selangor telah diaktifkan dan beliau tertarik dengan gerak kerja Khidmat Malaysia Kawasan Sabak Bernam, dimana kekuatan jiwa Muafakat Nasional bersama UMNO yang terus menebal dan semakin sukar digugat.

Beliau mengkalungkan setinggi ucapan tahniah kepada Hj Sulam dan Jawatankuasa Khidmat Malaysia Kawasan Sabak Bernam atas inisiatif kerjasama bagi membantu penduduk-penduduk yang memerlukan. Pengagihan Kit barangan dapur dibuat melalui Jawatankuasa Kariah Masjd-masjid Sg Air Tawar, Sekendi dan Kampung Tengah.

May be an image of 1 person and indoor

Semoga kerjasama ini terus kekal dan juga semoga lebih ramai orang yang memerlukan dapat dibantu InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor