Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Kerajaan, Hentikan Operasi Kilang Arak

1743
SHARE


Tahniah Kerajaan! Hentikan Operasi Syarikat Arak.

1. Kenyataan Media yang dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan pada hari ini 06 April 2020 menegaskan kebenaran bagi syarikat arak Heineken beroperasi semasa tempoh PKP adalah dibatalkan.

2. PAS melalui Kenyataan Media Ketua Penerangan dan Ketua Pemuda PAS telah menegaskan supaya Kerajaan menarik semula kebenaran kepada syarikat arak berkenaan beroperasi pada tempoh PKP memandangkan arak bukanlah dalam kategori ‘essential service’.

3. PAS tidak menghalang hak golongan bukan Islam untuk minum arak namun menegaskan bahawa kelulusan beroperasi pada saat wabak ini bukan satu keperluan. Malah Ketua Penerangan PAS konsisten menyatakan bahawa arak lebih banyak keburukan dari kebaikan.

4. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Kerajaan atas keputusan pantas ini dan menzahirkan rasa syukur atas ketegasan dan konsistensi pimpinan PAS dalam isu arak, tidak apologetik seperti sebahagian pemimpin yang berada dalam kerajaan terdahulu sehingga menyokong Pesta Arak Octoberfest.

5. Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru agar kepimpinan PAS terus istiqamah menyuarakan suara ummat Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan menjadi teras dokongan.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Negara
7 April 2020
14 Syaaban 1441H