1. Saya mewakili seluruh kepimpinan serta ahli-ahli PAS Kawasan Labuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim atas pelantikan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu.
2. Saya mengharapkan agar perancangan untuk Wilayah Persekutuan dapat diteruskan lagi, khususnya untuk WP Labuan dalam memastikan Labuan terus berkembang maju, fizikal dan manusiawi.
3. Selamat menjalankan tugas dan semoga Allah memberikan jalan kemudahan dalam menggalas amanah tersebut.
Hj Hamir Zahari,
YDP PAS Kawasan Labuan
Timb. Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan
27 Ogos 2021