Home Berita PAS Pusat

Tahniah Dan Selamat Menjalankan Tugas Kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

2159
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada 10 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini, pagi ini.

Dengan ini, portfolio Menteri Besar dan Exco adalah seperti berikut :

Menteri Besar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor (PAS)
Perancangan Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Kedah Economic Council, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri

1. YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (BERSATU)
– Industri dan Pelaburan
– Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Pengajian Tinggi

2. YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman (PAS)
– Kesihatan
– Kerajaan Tempatan

3. YB Encik Azman Nasrudin (Bebas)
– Pertanian dan Industri Makanan, Perusahan perladangan komoditi, pengangkutan
– Hal Ehwal Masyarakat India

4. YB Puan Suraya Yaacob (BN-UMNO)
– Kerja raya
– Bekalan Air & Sumber Air
– Tenaga
– Pengairan dan Saliran

5. YB Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali (PAS)
– Pembangunan Luar Bandar
– Pembasmian Kemsikinan
– Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat

6. YB Puan Halimaton Shaadiah Saad (BERSATU)
– Kebajikan
– Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7. YB Tuan Haji Romani Wan Salim (PAS)
– Penerangan, Komunikasi dan Multimedia,
– Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

8. YB Brigadier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (PAS)
– Agama
– Pendidikan
– Sumber Manusia

9. YB Encik Mohd Firdaus Ahmad (BERSATU)
– Belia dan Sukan
– Pelancongan, Seni dan Budaya
– Pembangunan Ushawan dan Koperasi

10. YB Dr. Robert Ling Kui Ee (Bebas)
– Perumahan
– Alam Sekitar
– Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam