Home Berita PAS Perak

Tahniah Dan Selamat Bertugas Exco Perak – DMPN Perak

971
SHARE

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” ( Al-Baqarah: 286).

Dewan Muslimat PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Perak (EXCO) diatas penyerahan Portfolio masing-masing yang telah diumumkan hari ini.

Dewan Muslimat PAS Perak berharap agar barisan Exco yang telah diberikan portfolio masing-masing ini dapat berganding bahu bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu bagi memimpin kerajaan Perak dengan baik.

Sesungguhnya pelantikan dan tanggungjawab bukanlah suatu amanah yang perlu dibanggakan, namun ia merupakan sebuah tanggungjawab yang harus digalas dengan penuh dedikasi.

Selamat menjalankan tugas dengan cemerlang. Semoga Allah merahmati kerajaan Negeri Perak. Sirru ‘Ala Barakatillah.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

Dr Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
7 April 2020 / 13 Syaaban 1441H