Home Kenyataan Media PAS Wilayah

TAHNIAH DAN SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA AHLI PARLIMEN KEMAMAN

15
SHARE

Pilihan Raya Kecil (PRK) P.040 Parlimen Kemaman telah melabuhkan tirai apabila keputusan memihak kepada colon kedua iaitu YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dr Sam telah memperoleh undi sebanyak 64,998 undi dengan majoriti 37,220 undi mengalahkan calon pihak lawan daripada Barisan Nasional.

Saya mewakili seluruh saff kepimpinan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah atas kemenangan ini dan mendoakan YAB Dr Sam dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Kemaman sebaiknya.

Sebagai seorang pemimpin utama peringkat negeri, sudah pasti bebaban tanggungjawab ini tidaklah semudah yang disangka. Namun, berkat pertolongan daripada Allah SWT serta Kerjasama daripada semua pihak, insya-Allah perjalanan ini akan lebih mudah hendaknya.

Di kesempatan ini juga, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS untuk terus membawa suara mereka sama ada peringkat negeri mahupun parlimen. Tidak lupa juga kepada semua jentera parti yang bertungkus-lumus berkorban masa, wang dan tenaga untuk terus mengekalkan kemenangan PAS di bumi Darul Iman ini.

Akhir kalam, semoga PAS dan Perikatan Nasional akan terus dapat menjadi kerajaan contoh yang boleh dinilai oleh rakyat tahap pencapaiannya untuk menambah lebih banyak lagi negeri yang akan ditadbir pada PRU akan datang.

Siiruu ‘ala barakatillah.

Ustaz Azhar bin Yahya
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan