Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Tahniah Cikgu Zakaria, Penerima Anugerah khas Semarak Cinta Rasul

909
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Zakaria bin Yahya yang dinobatkan Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidurrasul 1442H/2020M.

Beliau yang berkhidmat sebagai Guru Akademik (Kurang Upaya Penglihatan) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur telah memberi contoh tauladan kepada kita bahawa perlunya berbakti kepada masyarakat di sekeliling kita dengan kemampuan yang kita miliki.

Pencapaian ini mengingatkan kita kepada seorang ikon sepertinya di zaman Rasulullah SAW iaitu Abdullah bin Ummi Maktoum yang turut bersama dalam perjuangan dakwah baginda walaupun dengan keterbatasan yang ada.

Semoga anugerah ini dapat menggalakkan lagi beliau untuk meneruskan usaha baiknya selama ini seterusnya menjadi pemangkin kepada kelahiran Abdullah bin Ummi Maktoum kedua di zaman ini.

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
31 Oktober 2020 l 14 Rabi’ulawal 1442H