Home Artikel PAS Pahang

Pemuda MN Pahang terus perkukuh permuafakatan

419
SHARE

PERTEMUAN MUHIBBAH PEMUDA PAS DAN UMNO PERKUKUH MUAFAKAT NASIONAL NEGERI PAHANG

Oleh: Mujahidul Amin Roslan

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan Pergerakan Pemuda Umno Pahang menerusi Muafakat Nasional Pemuda Pahang bersiap sedia melaksanakan program bersama di peringkat negeri dan kawasan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Airieroshairi Roslan, perbincangan mengenai perkara itu pada malam Khamis lalu menjadi penanda aras bahawa Muafakat Nasional Pemuda Pahang sedia bergerak bersama di semua peringkat.

Hadir sama sewaktu pertemuan berkenaan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan Ketua Pemuda Umno Pahang, Saudara Farid Mohd Nor serta semua kepimpinan tertinggi pemuda kedua-dua parti.

“Kehadiran ahli mesyuarat juga yang amat memberangsangkan dan perbincangan itu turut berlangsung dalam suasana normal baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Muafakat Nasional Pemuda Pahang menyambut baik saranan pelaksanaan penstrukturan ahli jawatankuasa (AJK) gabungan itu dilakukan di peringkat kawasan dan bahagian.

Dalam pertemuan rasmi bersejarah ini juga, Pemuda Muafakat Nasional Pahang akan bekerjasama lebih terperinci bagi memastikan Muafakat yang sedang terbina ini dipelihara.

Bahkan kedua dua pihak insya Allah bersama sama barisan kepimpinan diboeringkat pusat untuk memperkukuh Muafakat Nasional, menyokong kerajaan MN Pahang dan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Kesepakatan ini terus mempersetujui bahawa tidak sekali kali akan bekerjasama dengan PKR dan DAP sertu sekutu mereka di dalam PH Plus.