Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Calon UPSR 2019: Terus Melangkah Maju Jaya!

363
SHARE

Tahniah Calon UPSR 2019: Terus Melangkah Maju Jaya!

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6, 2019 yang menerima keputusan cemerlang pada hari ini.

Adalah diharapkan dengan keputusan hari ini, dapat menjadikan anak-anak semua terus lebih berusaha dan gemilang pada masa hadapan.

Peperiksaan yang telah diduduki adalah penting sebagai kayu ukur tahap keberkesanan pengajaran guru dan penilaian keupayaan murid-murid.

Namun begitu, UPSR bukanlah segalanya,apa yang lebih penting sejauh mana seseorang murid itu menggunakan dan mengaplikasikan ilmu yang dimiliki untuk terus meningkatkan keupayaan diri dan akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara satu hari nanti.

Ibu bapa haruslah terus mendidik dan membimbing mereka ke jalan yang lebih bermanfaat. Buatlah pilihan yang bijak dalam menentukan sekolah mana yang akan mereka pilih untuk menyambung persekolahan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas kepada semua calon UPSR! Kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, teruskan momentum anda. Pada yang kurang cemerlang, terus berusaha melangkah bangkit untuk berjaya dan terus berjaya insyaallah!

“Islam memimpin,wanita sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
24 Rabiul Awal 1441
21 November 2019