Home Rencana PAS Selangor

Tahniah buat saf kepimpinan baru PAS Gombak – DPPK Gombak

403
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada saf kepimpinan PAS Kawasan Gombak yang baharu bagi sesi 2021/2023.

Perjalanan proses pemilihan yang harmoni dan aman damai secara keluarga Gombak menunjukkan proses kematangan ahli dibawah menjalani pemilihan bagi memilih dan mengisi ruang 16 AJK.

DPPG juga menzahirkan rasa penghargaan dan tahniah khusus kepada teman teman pemuda serta alumni DPPG yang telah diberi mandat sama sama menjadi AJK yang dipilih dalam pemilihan kali ini. Sesungguhnya ini adalah amanah yang diberikan kepada antum untuk melaksanakan segala agenda kelak dengan jayanya.

Untuk kedudukan 3 tertinggi (Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua) PAS Kawasan Gombak mengekalkan seperti kepimpinan terdahulu sebelum ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak Alfadhil Ustaz Salehuddin Nasir, Ustaz Hasbullah Ridzwan, Ustaz Kamalulhysham @Farhan Mohd Suhut terus diberi kepercayaan memimpin bahtera PAS Kawasan Gombak bersama kepimpinan AJK baharu.

Kini termateri sudah agenda pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gombak sesi 2021/2023. Fokus utama saf kepimpinan baharu ialah merapatkan saf keluarga besar PAS Gombak seterusnya meluncurkan segala agenda yang akan digerakkan di masa hadapan.

Dewan Pemuda PAS Gombak akan terus bekerja dan memberikan yang terbaik dalam gerak kerja parti dalam menggerakkan sokongan dan dukungan anak muda khususnya bagi menghadapi PRU ke-15 kelak.

Seeru ala barakatillah,

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor