Home Rencana PAS Selangor

Tahniah barisan kepimpinan baru DPPM – DPPK Gombak

98
SHARE

May be an image of 3 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Gombak

Tahniah dan jalankan terus tanggungjawab dan taklifan yang bakal dihadapi kelak. Saf kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi 2021/2023 yang dipimpin oleh YB Ustaz Fadhli Shaari kelak akan menghadapi badai pilihanraya umum ke-15 yang menjelang kelak.

Dewan Pemuda PAS Gombak(DPPG) melihat akan kepelbagaian latar belakang para AJK DPPM kali ini dengan faktor umur kepemudaan rata ratanya masih di awal 20an dan 30an menunjukkan perkembangan yang amat positif kepada masa hadapan DPPM sendiri.

Turut sama yang menjadi perhatian kami ialah kehadiran sama di dalam senarai AJK DPPM kali ini ialah Ustaz Abdul Malik Ab Razak yang juga merupakan Setiausaha Akhbar Tuan Guru Presiden PAS. Ustaz Abdul Malik ialah pemuda Gombak yang aktif bersama kami didalam program dalaman berkongsi cebisan pengalaman bersama Tuan Guru Presiden.

Semoga saf kepimpinan DPPM sesi 2021/2023 kali ini akan membawa bahtera pemuda ke setapak lagi kehadapan dalam landskap politik yang rencam dan bergelora.

Ayuh teman teman, kita berikan sepenuh wala’ dan thiqoh dengan kepimpinan yang baharu. Kitalah kelak perlu berkerja kuat menaikkan kehebatan dan kerja kuat Dewan Pemuda PAS Malaysia demi masa depan Malaysia yang lebih baik!

Seeru ‘Ala Barakatillah dan Ayuh kita bekerja bersama!

31 Oktober 2021 | 24 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor