Home Berita PAS Selangor

Meraikan 20 buah keluarga ‘non-Malay’ di Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Klang

76
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

PELABUHAN KLANG, 30 Oktober – PAS Kawasan Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada petang ini telah meraikan 20 keluarga bukan Melayu di sekitar Pelabuhan Klang.

Program yang bermula sekitar 3.30 petang pada awalnya momentum agak perlahan kerana kawasan di sekitar Pelabuhan Klang baru saja ditimpa hujan lebat dan berangin. Sebanyak 15 keluarga berketurunan India dan 5 keluarga berketurunan Cina telah dibantu dalam program pada hari ini.

Barangan keperluan harian yang terdiri beras, gula, tepung, mihun, susu pekat, sardin, biskut dan beberapa lagi barangan lain telah dibungkus di SRITI Al Hawariyyun, Pelabuhan Klang lebih awal lagi supaya memudahkan proses penyerahan sumbangan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh beberapa anggota Jabatan Amal Malaysia Klang.

Antara yang hadir semasa program ini adalah Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, Pengerusi KASEH Encik Izam Awalludin, Yusof Mokhsin dari Jabatan Amal Malaysia Klang, Puan Rosiah Md Som dan Puan Nor Aisiah Amin yang mewakili Bakewanis serta Cikgu Rajen selaku AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor.

Program selesai sekitar 5.45 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor