Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tahniah atas kemenangan rakyat Palestin

270
SHARE

SIARAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH

TAHNIAH ATAS KEMENANGAN RAKYAT PALESTIN

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Sejahtera.

PAS Kedah menzahirkan kesyukuran berikutan kemenangan rakyat Palestin dalam peperangan ” Saif Al-Quds” menentang Israel di pagi Jumaat yang mulia ini.

Pengumuman gencatan senjata oleh Benjamin Netanyahu dengan memberi alasan menerima pelawaan Mesir yang menganjurkan proses pendamaian ini hanyalah helah untuk menutup kelemahan pihak Israel.

PAS Kedah yakin Israel telah mengalami kekalahan yang memalukan dengan menutup laporan media dari melaporkan keadaan sebenar di bumi yang dijajahnya.

Kekuatan rakyat Palestin yang ditindas melalui serangan berterusan oleh Briged Al-Qassam, Jihad Palestin dan beberapa kumpulan bersenjata membuktikan piala kemenangan adalah datang dari Allah bukan kehebatan senjata seperti dibanggakan Zionis-Israel.

أُذِنَ لِلَّذِيْنَ يُقَاتَلُوْنَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوْاۗ وَإِنَّ اللّٰهَ عَلٰى نَصْرِهِمْ لَقَدِيْرٌ ۙ٣٩
الَّذِيْنَ أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَّقُوْلُوْا رَبُّنَا اللّٰهُۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللّٰهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَّصَلَوٰتٌ وَّمَسٰجِدُ يُذْكَرُ فِيْهَا اسْمُ اللّٰهِ كَثِيْرًاۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللّٰهُ مَنْ يَّنْصُرُهٗۗ إِنَّ اللّٰهَ لَقَوِيٌّ عَزِيْزٌ ٤٠
اَلَّذِيْنَ إِنْ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتَوُا الزَّكٰوةَ وَأَمَرُوْا بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِۗ وَلِلّٰهِ عَاقِبَةُ الْأُمُوْرِ ٤١

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan ditindas, (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (yaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”

(Surah Al-Hajj Ayat 39-41)

PAS Kedah yakin Israel dan negara-negara penyokongnya tidak akan berdiam diri dan akan berterusan membuat provokasi untuk terus menjajah tanah suci umat Islam itu.

Sehubungan itu, PAS Kedah berikrar akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin mempertahankan maruah agama Islam dari terus dibuli oleh musuh-musuhnya.

Sumbangan melalui Derma Jihad Palestin Fasa-2 akan diteruskan bagi bersama membantu membina semua masjid, sekolah, kediaman dan infrasturktur awam di Gaza yang hancur akibat bedilan tentera penjajah agar pulih seperti sediakala secepat mungkin, seterusnya menjana kekuatan ketenteraan baru yang digeruni Israel-Zionis.

خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود

“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”

YB SENATOR USTAZ AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
9 Syawal 1442H | 21 Mei 2021