Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah atas Inisiatif Wakaf Air

307
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air atas inisiatif memperkenalkan Wakaf Air. Inisiatif yang diwujudkan ini pastinya dapat membantu rakyat khususnya di kawasan pendalaman bagi mendapatkan sumber dan bekalan air.

2. Projek Wakaf Air yang dipimpin oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man menumpukan kepada pembiayaan projek perkhidmatan air yang merangkumi sumber air, bekalan air dan pembentungan berskala kecil dengan kos yang dianggarkan tidak melebihi RM50ribu.

3. Dalam projek ini juga, pihak KASA membuka peluang kepada masyarakat dan pelbagai pihak untuk beramal dengan memberi sumbangan kepada projek ini yang akan disalurkan kepada Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air.

4. Sejajar dengan tuntutan amalan bersedekah dalam Islam sepertimana yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

5. Dalam al-Quran turut menyatakan kelebihan dalam memberi sedekah. Firman Allah swt;

(لِیُنفِقۡ ذُو سَعَةࣲ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَیۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡیُنفِقۡ مِمَّاۤ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَاۤ ءَاتَىٰهَاۚ سَیَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرࣲ یُسۡرࣰا)

Hendaklah orang yang mempunyai keluasan memberi nafkah menurut kemampuannya, dan orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. [Surah at-Talaq: 7]

#IslamMemimpin
#IslamMerpekukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
17 Disember 2020 bersamaan 2 Jamadilawal 1442H