Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

TAHNIAH Anakanda, Wan Nur Mafudah!

3636
SHARE

BESUT : Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21 tahun merupakan anak Melayu pertama bergelar Juara bagi peperiksaan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) duina.

Dengan markah tertinggi peringkat dunia bagi kertas Financial Reporting iaitu 95%, sijil ini menjadi satu tanda Wan Nur Mafudah telah menjadi seorang akauntan bertauliah.

Sijil ini menjadi suatu impian buat sesiapa sahaja yang menceburi bidang Perakaunan kerana ianya diiktiraf di peringkat dunia dan sangat susah untuk dimiliki.

Dewan Muslimat PAS Malaysia merasa berbesar hati mengucapkan tahniah dan syabas kepada anakanda Wan Nur Mafudah atas kejayaan yang diraih, dan berharap agar Wan Nur Mafudah akan menjadi inspirasi buat anak muda untuk bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi.

Semoga segala kejayaan dan kemahiran ini akan dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu keluarga, agama dan negara serta masyarakat umumnya.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Februari 2018 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1439