TAHNIAH ADUN SULONG PAS SABAH, DR ALIAKBAR
Dewan Pemuda Pas Perak mengucapkan tahniah atas perlantikan Dr. Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan), Negeri Sabah.
Perlantikan beliau adalah bukti sinergi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) utuh dan akan kekal relevan untuk rakyat dan pentadbiran di negeri Sabah.
Kredibiliti yang ada pada Dr Aliakbar tidak dapat dinafi dan disangkal kerana beliau bergelumang lama dalam dunia politik dan dakwah sejak di universiti lagi. Tambahan, beliau merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari UKM dan mantan pensyarah kanan UMS.
Kami menyakini beliau akan memberi sumbangan besar kepada pentadbiran dan pengurusan pemerintahan negeri Sabah.
Sekian.
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak,
Sesi 2019/21