Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Belasungkawa: Ketua Pengarah JAKIM

544
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) bersama seluruh rakyat Malaysia menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Haji Paimuzi Yahya dengan penuh dukacita.

Beliau dikhabarkan telah meninggal dunia pada jam 1.00 tengahari semalam di Hospital Sungai Buloh akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Pemergian beliau yang sememangnya dikenali dengan komitmen yang tinggi sepanjang lebih tiga dekad memegang pelbagai jawatan penting seputar Hal Ehwal Islam semestinya amat dirasai terutama oleh warga JAKIM.

Semoga ahli keluarga beliau diberi ketabahan menghadapi ujian ini dan semoga beliau ditempatkan bersama yang beriman dan beramal soleh.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
9 Oktober 2020 l 21 Safar 1442H