Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah As-Sajdah : Siri 2

234 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Surah As-Sajdah ๐Ÿ““๐Ÿ““
Siri 2
๐Ÿ’Œ Ayat 4: Penciptaan Alam Semesta Bukti Ketauhidan

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃุฑู’ุถูŽ ูˆูŽู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ูŽุง ูููŠ ุณูุชู‘ูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุซูู…ู‘ูŽ ุงุณู’ุชูŽูˆูŽู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู ู…ูŽุง ู„ูŽูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุฏููˆู†ูู‡ู ู…ูู†ู’ ูˆูŽู„ููŠู‘ู ูˆูŽู„ุง ุดูŽูููŠุนู ุฃูŽููŽู„ุง ุชูŽุชูŽุฐูŽูƒู‘ูŽุฑููˆู†ูŽ – ูค
Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1) Allah SWT memberitahu bahawa Dialah Yang menciptakan segala sesuatu, dan Dia menciptakan langit dan bumi serta semua yang ada di antara keduanya. Itulah alam semesta yang merupakan penciptaan-Nya yang maha hebat. Tiada kekurangan dan tiada yang tertinggal dari ciptaan-Nya itu.

2) Ayat ini juga menjelaskan tentang proses terjadinya alam semesta iaitu semuanya tercipta dalam enam hari, walaupun Dia berkuasa menciptakannya sekejap sahaja. Hikmahnya hanya Allah sahaja yang mengetahui, padahal Dia berkuasa untuk menciptakan dengan kalimat, โ€œKunโ€ maka ia pun jadi.
Yang dimaksud dengan enam hari dalam ayat ini bukanlah hari (masa) yang dikenal seperti sekarang ini, tetapi adalah hari sebelum adanya langit dan bumi. Hari pada waktu sekarang ini adalah setelah adanya langit dan bumi serta telah adanya peredaran bumi dan matahari serta bergilirnya siang dan malam.

3) Kemudian yang lebih hebat dari itu adalahย Dia bersemayam ( istiwa’ ) di atas โ€˜Arsyย dengan cara yang layak bagi diri-Nya dan sesuai dengan kekuasaan dan kebesaran-Nyaโ€.

4) Seterusnya ayat ini menegaskan bahawa tidak seorangpun yang dapat mengurus segala urusan-Nya, menolak bahaya, malapetaka dan siksa dan tidak seorang pun yang dapat memberi pertolongan dan syafaat ketika azab menimpanya, kecuali Allah semata-mata, kerana Dialah Yang Maha Kuasa menentukan segala sesuatu.

5) Di hujung ayat ini Allah SWT memperingatkan agar manusia dapat mengambil pelajaran dan memikirkan apa yang selalu dilihatnya itu, memandangkan masih ada lagi yang menyembah selain Allah SWT.

๐ŸŽ€ Pengajaran:

1. Para pentadabbur haruslah menyedari bahawa tujuan Allah SWT menyebut qudrat-Nya yang telah mencipta alam ini, yang kita duduk di dalamnya, adalah supaya kita mentaatinya secara total. Jika kita tak mahu taat kepada-Nya, mengambil hukum lain selain dari-Nya dan suka bermaksiat, maka carilah alam lain untuk diduduki.

2. Buatlah perancangan jika kita hendak melakukan sesuatu yang penting. Kita kena ambil masa untuk berfikir sejenak agar lahir satu perancangan yang mantap. Lihatlah bagaimana Allah merancang sesuatu. Dia boleh sahaja mencipta alam ini dalam sekelip mata namun ditunjukkan kepada kita bagaimana Allah melakukannya dalam โ€˜enam masa’. Ini memberi isyarat kepada kita bahawa perancangan Allah maha tinggi dan penuh hikmah.

3. Sewajibnya kita menyakini bahawa Allah SWT sahaja yang menjadikan segala alam ini. Justeru itu hanya Dia sahaja yang boleh menolong dan melindungi kita. Kalau Allah tidak menolong kita, tidak menjadi pelindung kita, maka binasalah kita. Kerana tidak ada lagi yang dapat menolong kita. Maka berhati-hatilah dalam menjalani hidup ini. Dengan kata lain bertaqwalah!

3. Kita haruslah memahami bahawa surah Sajdah ini menolak pemahaman bahawa ada syafaat dari sesiapa selain Allah. Syafaat sebenarnya dari Allah. โ€˜Pemberi syafaatโ€™ seperti Nabi Muhammad diberi penghormatan untuk โ€˜menyampaikanโ€™ syafaat itu sahaja. Tapi keputusan siapakah yang akan mendapat syafaat itu hanyalah dari Allah SWT.

4. ย Janganlah kita mengharapkan redha dan pertolongan serta syafaat daripada entiti lain samada orang-orang yang berkuasa atau pun lembaga-lembaga keduniaan semata-mata untuk mengejar habuan duniawi. Hendaklah kita merapatkan hubungan kita dengan Allah. Apabila kita rapat dengan Allah, barulah semakin cerah harapan kita untuk mendapat pertolongan dan kejayaan yang hakiki itu.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir Ibnu Katsir

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
25 Jan 2019 / 19 Jamadil Awal 1440