Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Al Quran Surah Luqman : Siri 4

229
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Luqman : Siri 4

Ayat: 10 -11 : Tanda-Tanda Kebesaran Allah SWT

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุนูŽู…ูŽุฏู ุชูŽุฑูŽูˆู’ู†ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู„ู’ู‚ูŽู‰ ูููŠ ุงู„ุฃุฑู’ุถู ุฑูŽูˆูŽุงุณููŠูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽู…ููŠุฏูŽ ุจููƒูู…ู’ ูˆูŽุจูŽุซูŽู‘ ูููŠู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุฏูŽุงุจูŽู‘ุฉู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุฒูŽู„ู’ู†ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกู ู…ูŽุงุกู‹ ููŽุฃูŽู†ู’ุจูŽุชู’ู†ูŽุง ูููŠู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุฒูŽูˆู’ุฌู ูƒูŽุฑููŠู…ู (ูกู )

โ€Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kalian melihatnya, dan Dia meletakkan di atas (permukaan) bumi gunung-gunung agar ia (bumi) tidak menggoyangkan kalian; dan Dia mengembangbiakkan di dalamnya segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di dalamnya dari macam-macam jenis tumbuhan yang baik.โ€

ู‡ูŽุฐูŽุง ุฎูŽู„ู’ู‚ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ููŽุฃูŽุฑููˆู†ููŠ ู…ูŽุงุฐูŽุง ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุฏููˆู†ูู‡ู ุจูŽู„ู ุงู„ุธูŽู‘ุงู„ูู…ููˆู†ูŽ ูููŠ ุถูŽู„ุงู„ู ู…ูุจููŠู†ู (ูกูก)

โ€Ini ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh (sembahanmu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada dalam kesesatan yang nyata.โ€

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Dalam ayat sebelum ini Allah SWT menyatakan sifatNya Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Seterusnya, dalam ayat ini Allah menggambarkan sifatnya Yang Maha Mencipta melalui kebesaran dan hikmahNya dalam setiap penciptaan.

2. Di antara tanda kehebatan Allah SWT adalah Dia mencipta langit tanpa tiang yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Allah Yang Maha Mencipta juga menjadikan gunung-ganang sebagai pasak yang kukuh sehingga menstabilkan bumi dan penghuninya supaya tidak bergoyang-goyang.

3. Allah SWT menciptakan segala jenis makhluk bergerak yang bernyawa atau haiwan-haiwan di bumi dalam jumlah yang tidak diketahui kecuali hanya oleh Penciptanya. Semuanya ditundukkan untuk maslahat dan manfaat bagi manusia.

4. Allah juga Maha Mengetahui bahawa mereka memerlukan rezeki agar dapat hidup. Oleh itu, Dia menurunkan air hujan dari langit ke bumi, lalu Dia tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik dan indah pemandangannya. Maka haiwan-haiwan pun mendapat rezeki untuk hidup.

5. Selanjutnya, Allah SWT mengecam dan mencerca orang-orang musyrik yang sibuk dengan menyembah makhluk, sedangkan seluruh makhluk itu adalah ciptaan Allah SWT. Lalu Allah mencabar mereka, โ€œTunjukkanlah kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan dan sekutu-sekutu yang kalian seru, berdoa dan sembah selain Allah itu?”

6. Sesungguhnya jelaslah orang-orang yang menyembah selain Allah SWT berada dalam kebutaan, penyimpangan dan puncak tertinggi kesesatan yang nyata.

๐ŸŽ€ Pengajaran

1. Renunglah seluruh ciptaan dan keagungan Allah SWT di dalam alam ini, sesungguhnya secara pasti akan terdetik di hati akan kebesaran dan kehebatan Allah Tuhan Maha Pencipta ini dalam memberikan segala nikmat di dunia buat semua penghuninya.

2. Ketahuilah bahawa Allah SWT menciptakan alam dunia untuk didiami oleh makhluk ciptaanNya dan menjadikan dunia ini sebagai persinggahan sementara manusia sehingga mereka dapat merenungi, memikirkan dan memahami proses penciptaan alam semesta ini yang pastinya akan berakhir suatu hari nanti dengan kekuasaan Allah.

3. Ajarilah anak-anak seawal usia mereka, untuk sentiasa melihat keindahan alam yang sungguh cantik dan menenangkan jiwa manusia. Moga-moga akan terpancar sinar keimanan yang kukuh di dalam jiwa mereka yang sentiasa mengagungkan setiap bukti-bukti kekuasaan Allah dari penciptaanNya.

4. Sedarilah bahawa sembahan-sembahan selain Allah SWT tidak mampu mencipta apa-apa bahkan tidak mampu melindungi diri mereka sendiri. Jauhilah daripada syirik yang tersembunyi, apatah lagi syirik yang nyata.

๐Ÿ“š Rujukan:
1. Tafsir Munir
2. Tafsir Ibnu Kathir

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak
11 September 2020 / 23 Muharram 1442