Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tadabbur Al Quran : Surah Al-Ahzab: Siri 15

633
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Ahzab: Siri 15


Ayat 35-36 : Sifat-Sifat Mukmin dan Mukminat yang Mendapat Keampunan dan Pahala yang Besar daripada Allah

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽุงู†ูุชููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽุงู†ูุชูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุงุฏูู‚ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุงุฏูู‚ูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุงุจูุฑููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุงุจูุฑูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽุงุดูุนููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽุงุดูุนูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุชูŽุตูŽุฏูู‘ู‚ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุชูŽุตูŽุฏูู‘ู‚ูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุงุฆูู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ุงุฆูู…ูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุงููุธููŠู†ูŽ ููุฑููˆุฌูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุงููุธูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฐูŽู‘ุงูƒูุฑููŠู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ูˆูŽุงู„ุฐูŽู‘ุงูƒูุฑูŽุงุชู ุฃูŽุนูŽุฏูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽู‡ูู…ู’ ู…ูŽุบู’ููุฑูŽุฉู‹ ูˆูŽุฃูŽุฌู’ุฑู‹ุง ุนูŽุธููŠู…ู‹ุง

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang Mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut(nama) Allah, Allah menyediakan keampunan dan pahala yang besar untuk mereka.

ูˆูŽู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูู…ูุคู’ู…ูู†ู ูˆูŽู„ุง ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุฉู ุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุถูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุฃูŽู…ู’ุฑู‹ุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู ุงู„ู’ุฎููŠูŽุฑูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑูู‡ูู…ู’ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ุตู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุฏู’ ุถูŽู„ูŽู‘ ุถูŽู„ุงู„ุง ู…ูุจููŠู†ู‹ุง

Dan tidak patut bagi lelaki yang Mukmin dan perempuan yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya sudah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesalan yang nyata.

๐Ÿ“– Tafsir Ringkas:

1. Selepas menyatakan pesanan kepada Ummahat Al-Mukminin, Allah SWT menjelaskan pula tentang 10 sifat yang melayakkan seseorang hamba itu mendapat pengampunan dosa daripada-Nya serta pahala yang besar, sama ada lelaki ataupun perempuan.

2. Sepuluh sifat tersebut adalah; orang-orang lelaki dan perempuan yang Islam, beriman, beribadat, benar, sabar, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatannya, dan banyak berzikir mengingati Allah SWT.

3. Manakala ayat 36 menerangkan, segala ketetapan dan perintah daripada Allah SWT dan Rasul SAW wajib dipatuhi. Sekiranya diingkari perintah tersebut, maka seseorang hamba itu sudah derhaka dan berada dalam kesesatan yang nyata.

4. Ayat ke-36 ini juga menjadi rujukan dan nas terhadap bantahan budaya memilih โ€˜sekufuโ€™ dalam nasab bagi melangsungkan pernikahan. Terlalu mementingkan jalur keturunan sehingga memandang rendah jalur keturunan orang lain adalah tidak dibenarkan. Situasi ini berdasarkan kisah Zainab binti Jahsy Al-Asadiyyah RA yang menolak lamaran Nabi SAW bagi pihak Zaid Ibn Harithah kerana merasakan beliau berasal daripada keturunan yang lebih baik berbanding Zaid Ibn Harithah. Namun setelah turun ayat ini, Zainab pun akur dengan ketetapan Nabi SAW dan menerima lamaran tersebut.

Pengajaran:

1. Keislaman seseorang itu tidak menjamin keimanan dan ketaatannya. Oleh itu, seorang Muslim perlu sentiasa berusaha menjadi lebih baik dalam amalan mereka.

2. Islam tidak mendiskriminasi mana-mana kaum ataupun jantina dalam apa jua perkara termasuklah urusan ibadat. Setiap individu Muslim mesti berusaha bagi mentaati segala perintah Allah dan Rasul serta meyakini janji Allah SWT yang akan memberikan ganjaran pahala atas amal soleh yang dilakukan.

3. Orang yang beriman hendaklah sentiasa menjaga ibadah dan akhlak supaya mendapat keampunan dan pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Janganlah kerana kita terlalu mementingkan kufu dan kafaah, khususnya dalam urusan mencari pasangan hidup, sehingga menyebabkan kita memandang rendah keturunan orang lain yang tidak sama darjat dengan kita.

5. Apabila Allah SWT dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu perkara, maka jangan kita menentangnya dan membuat pilihan selain daripada apa yang ditetapkan.

๐Ÿ“š Rujukan:
1. Tafsir Ibn Katsir
2. Tafsir Al-Qurtubi
3. Tafsir Ringkas Al-Mishbah

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
8 Mei 2020 / 15 Ramadhan 1441