Home Berita PAS Sabah

Tabung Bencana Covid: PAS Cawangan Ranggu hantar bantuan

45
SHARE

Oleh: Ilham Samsu.                                               14 Julai 2021

Tawau : PAS Cawangan Ranggu telah mengedarkan sumbangan bakul makanan daripada  Tabung Bencana Covid19 kepada 30 keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19,  di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, merangkap Ketua PAS Cawangan Rangu, Ustaz Rosli Hasan, sumbangan tersebut diberi kepada penerima sekitar Kg. Ranggu,  dalam Dun Balung.

Menurutnya lagi, sumbangan kepada golongan yang terjejas itu akan di teruskan lagi pada masa yang akan datang.P

“PAS Kawasan Tawau juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam membantu saudara kita yang sedang dalam kepayahan ketika ini.

” Oleh itu, Tabung Bencana Covid telah dilancarkan bagi membantu mereka yang terkesan.

“Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Tawau di Bank Islam 10025010006556” katanya ketika dihubungi.

Turut bersama dalam penyampaian tersebut ,  Pimpinan PAS DUN Balung , Irwan Hamdan, serta AJK PAS Cawangan Ranggu.