Home Berita PAS Pulau Pinang

Ta’awun PAS-Umno kelebihan tawan Pmtg Pauh

532
SHARE

TASEK GELUGOR: Kerjasama ta’awun antara PAS dan Umno memberi kelebihan kepada gabungan ini untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh ditawan kembali pada PRU15 akan datang.

Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hasan berkata, sejarah baru dilakar kedua parti itu turut meninggikan keyakinan masyarakat yang menaruh harapan tinggi atas kerjasama itu.

Kerjasama dua entiti terbesar Melayu Islam kian mengukuh di Parlimen ini sebagaimana ditunjukkan PAS Permatang Pauh yang hadir ke Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh.

Delegasi PAS Kawasan bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat itu hadir pada majlis yang berlangsung di Madrasah Addaawah Al-Islamiyah, Padang Menora, di sini kelmarin.

Majlis tersebut dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menegaskan keyakinan untuk menawan kembali Putrajaya menerusi kerjasama Umno-PAS.

Omar turut berkata, rakyat setelah lebih setahun pemerintahan PH dapat menilai hakikat kegagalan dan bermacam skandal membabitkan koalisi itu yang merugikan negara.

Manakala Mudir Maahad Addaawah Al-Islamiyah, Ustaz Subri Arshad turut melihat kemesraan ukhuwah kedua parti yang bersama demi kesatuan umat akan membawa kejayaan kepada Islam.