Home Artikel PAS Pulau Pinang

Amilin PAS Tasek Gelugor diuji kebakaran rumah

516
SHARE

TASEK GELUGOR: Kebakaran rumah dimiliki oleh sekeluarga ahli PAS di Kampung Permatang Sungai Dua, di sini pada awal pagi kelmarin telah mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Menurut mangsa, Abd Rahim Abdul, kebakaran disedari oleh salah seorang ahli keluarga beliau selepas terdengar bunyi letupan berhampiran suis kawalan utama switchboardyang terletak di bahagian hadapan rumah.

“Setelah mendengar bunyi letupan, kami terus bergegas keluar dari rumah melalui pintu belakang,” kata mangsa kepada rombongan PAS Kawasan Tasek Gelugor diketuai Timbalan Yang DiPertua, Zahadi Mohamad yang berkunjung menziarahi keluarga itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 pagi semalam, dua motosikal dan sebuah kereta rosak dijilat api dan PAS Tasek Gelugor segera melancarkan derma kilat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga tersebut.

Di dalam lawatan tersebut, pihak PAS Kawasan Tasek Gelugor telah memberikan kata-kata perangsang agar Abd Rahim bin Abdul dan seluruh ahli keluarga beliau semoga terus bersabar di dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

PAS Kawasan Tasek Gelugor menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu meringankan beban ditanggung keluarga tersebut yang boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Tasek Gelugor 070-430-10005905 dengan rujukan “Kebakaran Abd Rahim Abdul”.