Home Berita PAS Perak

PAS bantu k’jaan cegah kemungkaran

255
SHARE

Oleh: Danisya Ismail

TAMBUN: Banyak pengajaran yang seharusnya diambil oleh semua pihak berkenaan suasana negara yang dilanda wabak pandemik Covid-19 ini, demikian jelas Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidek Noor.

Katanya, meskipun virus Covid-19 ini tidak dapat dilihat dan dikesan menggunakan mata kasar, namun hikmahnya sangat besar antaranya pusat-pusat hiburan tidak lagi beroperasi.

“Kilang arak, kelab malam (dan) rempit. Pelbagai kemungkaran di muka bumi Allah (ini) telah terhenti. Ini memberi makna (jika) Allah nak menghapuskan maksiat, tanpa pertolongan manusia (pun), Allah boleh buat.

“Dengan cuma menghantar tenteraNya yang halus. Ini (lah) cara Allah SWT beri ganjaran yang besar kepada kita yang memperjuangkan amar makruf nahi mungkar,” ulasnya.

Beliau berkata demikian di dalam sebuah program bual bicara santai Asatizah anjuran Asatizah Tambun yang berlangsung secara atas talian, semalam.

Dalam pada itu, Ustaz Sidek Nor turut menyeru agar semua pihak khususnya alim ulamak dan pemimpin negara agar terus menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dengan menyebarluaskan usaha dakwah.

Serunya agar pimpinan PAS yang kini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar terus menunaikan amanah dengan baik dan menunjukkan gerak kerja yang bersungguh untuk menghapuskan kemungkaran di muka bumi.

“Mudah-mudahan keberadaan PAS dalam kerajaan hari ini menjadikan kemungkaran di muka bumi ini terhapus. (Dan) akan tertegak sebuah kerajaan dan negara yang baik dan mendapat keampunan dan keberkatan daripada Allah,” serunya.