Home Berita PAS Wilayah

Syurga ganjaran pengorbanan dalam perjuangan

163
SHARE

 

Oleh Dhiya’ Muttmainnah

BATU, 7 Ogos: Sesuatu perjuangan tidak akan pernah berpisah daripada sesebuah pengorbanan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh dalam ucaptamanya sempena Muktamar Tahunan DMPWP Kali Ke-39 telah mengingatkan semua muktamirat untuk mencontohi pengorbanan para sahabat.

Menurut YB Senator Ustazah Nuridah, kita perlu mencontohi para sahabat Ridhwanillahi ‘alaihim ajma yang berlumba-lumba mengorbankan seluruh jiwa raga dan harta untuk memenangkan Islam melalui pelbagai usaha.

“Teladanilah ibrah-ibrah daripada kisah Peperangan Badar, Peperangan Tabuk, Peperangan Ahzab, Pembukaan Kota Makkah dan lain-lain lagi.

“Muslimat seharusnya menerima semboyan arahan tanpa beralasan agar kita termasuk dalam kalangan para Ansorullah yang diletakkan di tempat yang berprestij lagi eksklusif di akhirat kelak insyaAllah”, jelas beliau.

YB Senator Ustazah Nuridah turut mengingatkan tentang firman Allah SWT yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah SWT di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” Surah At-Taubah ayat 111.