Home Berita PAS Wilayah

Muslimat Wilayah serius tawan kerusi sasaran

69
SHARE

Oleh Dhiya’ Muttmainnah

BATU, 7 Ogos : “Jika kita mahukan kejayaan pada kerusi-kerusi sasaran di Wilayah Persekutuan, kita tidak boleh diulit malas, lambat dan banyak alasan dalam tempoh kesiap-siagaan ini”.

Demikian Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh menegaskan dalam ucaptamanya di Diamond Square sempena Muktamar Tahunan DMPWP Kali Ke-39 semalam.

“Sungguh hati akan merasa kecut dan kencang debarannya bila memikirkan PAS Wilayah perlu menyumbang kerusi dalam pemerintahan negara. Walau bagaimanapun, usaha ini mesti diteruskan sebaiknya kerana Islam mesti didaulatkan dengan sebenar-benarnya di Malaysia”, tambah beliau lagi.

YB Senator Ustazah Nuridah turut menyeru agar setiap ahli PAS di Wilayah Persekutuan konsistan dalam menyertai Munajat AKIFI kerana persiapan rohani setiap ahli juga mesti seiring dengan segala bentuk persiapan yang lain.

“Munajat AKIFI ini sangat penting untuk digerakkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak terutama kepada kumpulan yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan nusrah dan keredhaan Allah sentiasa bersama”, ujar beliau.