Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Syukur dan Tawadhuk Sifat Pejuang Islam

400 views
SHARE

Syukur dan Tawadhuk Sifat Pejuang Islam

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru kepada semua penyokong PAS supaya menerima kemenangan dengan tawaduk dan bersyukur kepada Allah dengan melafazkan tahmid (Alhamdulillah).

“Alhamdulillah yang tak terhingga, kita menghadapi lawan yang lebih kaya daripada kita, yang lebih kuat daripada kita, yang lebih banyak jentera daripada kita.

“Namun, Allah telah menunaikan janji-Nya (Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan yang ada pada kamu dengan kekuatan.)

“Tidak semestinya kekuatan kita kena sama dengan kekuatan lawan kita. Tidak semestinya harta kita mesti sama banyak dengan lawan kita. Sekiranya kita bekerja dengan ikhlas menggemblengkan segala yang ada pada kita. Selepas itu adalah pertolongan daripada Allah SWT.

“Malam ini kita menyaksikan pertolongan itu. Maka marilah kita mendengar arahan Allah kepada umat Islam yang berjuang untuk menyelamatkan manusia dan bukannya untuk mengerja pangkat.” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa majlis pengumuman ‘Keputusan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu’ bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu pada pukul 10.00 pm semalam.