Home Tinta Ulamak

Syair : Berpartilah Cara Nabi Muhammad SAW

337 views
SHARE

 

SYAIR SEMPENA MAULIDUR RASUL
.
Oleh : Asri ed-Diwanie

“BERPARTILAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W”

بمناسبة ذكری مولد الرسول #
فهو نبي للعالمين إمام

Sempena memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W, Baginda adalah seorang Nabi juga Pemimpin kepada sekalian manusia.

ومن الناس من يعظم سنته #
يجاهد بها ما مرت الأيام

Dalam kalangan manusia ada yang mengagungkan sunnahnya, pada setiap hari dia terus memperjuangkannya.

ومنهم من يرفض أمره #
يصمت عن شتم السفيه كلام

Dalam kalangan manusia ada gerangan yang menolak seruannya, dikala ada orang bodoh mencaci dalam ungkapannya dia hanya diam membisu.

[فاس] يسمو وينتصر لمحمد #
ويرفع لواء المسلمين كرام

PAS sentiasa memertabat dan membantu perjuangan Nabi Muhammad, juga mengangkat panji umat Islam dengan penuh kemuliaan.

[أمنو] رسم في المجتمع كذبة #
وفي صحائف المجتمع اجرام

UMNO melakar dalam masyarakat dengan penipuan, sehingga rakyat hanya melihat kejahatan dalam catatan mereka.

[داف] يمنع حق الغير ويسده #
فتباهت ولأنفه إرغام

DAP menegah hak orang lain serta menyekatnya, dia menuduh sebarangan tanpa usul periksa maka hinalah dia dengan tindakannya sendiri.

[فكر] يلتفت يمينا وشمالا #
منتظر هل يزال مستقبله دوام؟

 

PKR mula menoleh kiri dan kanan, memerhatikan adakah masih ada lagi masa depannya ?

[فان] يضرب ويمكر أخاه #
فهل ينجو و للخائن سلام؟

PAN pula memukul dan mendustai saudaranya, demikian itu, adakah dia boleh berjaya dan bagi yang mengkhianati itu ada kesejahteraan?

فاقتد بمحمد صاحب الخلق #
وهو قائد للحزب همام

Maka contohilah Nabi Muhammad empunya peribadi mulia, Baginda adalah pemimpin parti yang berani, berhemah lagi berwibawa.