Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Syahidnya Dr. Mohamad Morsi, Presiden Mesir yang digulingkan

421 views
SHARE

Syahidnya Dr. Mohamad Morsi, Presiden Mesir yang digulingkan

Berita kematian Dr. Morsi yang tersebar telah menimbulkan rasa hiba dan sedih buat seluruh umat Islam.

Beliau yang berusia 67 tahun telah rebah semasa sesi perbicaraan diadakan, dikhabarkan telah mendapat layanan yang sangat kejam sepanjang tempoh berada di penjara.

Kerajaan zalim Mesir di bawah pemerintahan al-Sisi sesekali tidak mahu melihat kebangkitan Ikhwanul Muslimin sekaligus meninggikan Islam pada tempat yang selayaknya.

Kami Muslimat PAS cukup terkesan dengan berita kematian ini, dan mendoakan agar beliau ditempatkan bersama para nabi, syuhada’ dan orang-orang soleh sesuai dengan perjuangan yang digalas.

Di kesempatan ini juga, kami berharap agar semua pihak terutamanya rakyat Malaysia yang beragama Islam agar sesekali tidak menghina mereka yang berjuang menegakkan syariat Allah SWT, iaitu para ulama’ kerana mereka merupakan pewaris para nabi yang akan membimbing kita ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada semua umat Islam di negara ini,untuk mengambil pengiktibaran terhadap kematian Dr Morsi yang terus Istiqamah mempertahankan kebenaran dan memperjuangkan Islam walaupun dalam keadaan ditekan,diseksa dan dizalimi.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Jun 2019 bersamaan 14 Syawal 1440H