Home Berita PAS Selangor

Syabas atas tindakan pantas kerajaan – Dewan Ulamak PAS Selangor

294
SHARE

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas tindakan pantas membatalkan semula kebenaran operasi kilang arak di Shah Alam.

Tindakan itu bertetapatan memandangkan tiada keperluan untuk kilang arak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerekan (PKP). Malah, arak juga bukan terdiri daripada sebahagian keperluan manusia dan hanya menambahkan musibah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Sebagai sebuah negara yang mendaulatkan Islam, DUPNS ingin menegaskan bahawa arak tidak memberi manfaat kepada rakyat, negara dan sesiapapun.

Bahkan, arak sudah beberapa kali telah meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

Justeru itu, DUPNS berpendapat bahawa adalah wajar sekiranya kilang arak ditutup secara terus pengoperasiannya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor