Home Kenyataan Media PAS Wilayah

LABUAN PERLUKAN TINDAKAN PANTAS KERAJAAN PUSAT

35
SHARE

Kadar jangkitan tertinggi dalam negara (1 kes positif bagi setiap 26 orang penduduk). Kadar kematian semakin meningkat (8 kes kematian pada hari ini). Kekangan peruntukan kewangan untuk mengurus prasarana dan keperluan front liner dan pesakit serta keluarga yang dikuarantin.

Berdasarkan kepada situasi di atas, Labuan adalah hot spot dalam negara ketika ini. Segala keperluan kelengkapan dan dana kewangan wajib diurus dengan pengurusan krisis dan bukan lagi dengan cara biasa yang banyak birokrasi dan lambat.

Dengan krisis Labuan sekarang ini, rakyat dan kepimpinan tempatan mahu melihat:

1. Kelengkapan untuk pengendalian pesakit COVID-19 diterbangkan terus ke Labuan serta merta dengan Crisis Mode Procedure, iaitu cepat dan pantas menggunakan kapal tentera udara.

2. Vaksin juga wajib diterbangkan terus ke Labuan juga dengan kapal udara tentera serta merta bagi mempercepatkan imuniti kelompok.

3. Peruntukan kewangan bagi menangani krisis juga wajib diluluskan DENGAN Crisis Mode Procedure bukan lagi melalui approval process yang panjang.

PAS Labuan melihat semuanya wajib diurus dengan CRISIS MODE kerana situasi sekarang sudah melangkau kategori kecemasan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PL) sudah berusaha semaksima ketika ini, namun semua itu tidak akan mencapai matlamat tanpa sokongan segera dan pantas dari Kerajaan Pusat.

PAS Labuan mencadangkan supaya segala keputusan dan perancangan yang dibincang di peringkat JPBD Labuan wajib diambil tindakan segera dan pantas, tanpa banyak lapisan mesyuarat dan prosedur yang panjang lagi di peringkat Kementerian atau MKN.

PAS Labuan menyeru semua Kementerian terbabit, Kementerian Kesihatan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta MKN, supaya fokus terhadap Labuan yang sudah jelas dengan data dan faktanya sebagai kawasan yang paling kritikal di Malaysia.

PAS Labuan juga difahamkan bahawa tahap krisis ketika ini, kadar RM100,000 hanya boleh bertahan sekitar 10 hari untuk membiayai kos kemudahan dan kelengkapan front liner, kos makan minum keseluruhan petugas dan pesakit yang dikuarantin.
Tambahan lagi kedudukan Pulau Labuan yang dalam isolation mode dengan perhubungan yang sangat terhad semasa PKPD ini.
Kami juga menyeru supaya pihak swasta khususnya semua Syarikat-syarikat Oil and Gas yang beroperasi di Labuan supaya tampil menyumbang kepada JPBD untuk mengurus krisis ini dengan lebih lancar dan berkesan.

PAS Labuan berpandangan, Kerajaan Pusat tidak boleh lagi tunggu dan Kementerian terbabit perlu bertindak ikut kiraan jam, bukan hari dan bukan mingguan.

HAMIR ZAHARI
YDP PAS Labuan
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PL