Home Artikel PAS Selangor

Syabab Care Santuni Frontliners Jabatan Penjara Malaysia – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dari Pena NKP PAS Negeri Selangor

285
SHARE

Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar

Tanda kita sayang Nabi SAW ialah dengan kita ikuti sunnah Nabi SAW.

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.

Beberapa hari lalu kami dapat maklumat daripada Khidmat Malaysia Negeri Selangor mereka sedang kumpul sumbangan makanan untuk diagihkan kepada frontliners Jabatan Penjara Malaysia di Puncak Alam. Lalu, tanpa buang masa, kami terus mencari dana untuk kami beli barang dan turut juga membantu frontliners.

Alhamdulillah, Syabab Care petang tadi dapat serahkan sumbangan kami hasil daripada sumbangan orang ramai kepada wakil Khidmat Malaysia Negeri Selangor.

Ayuh menyumbang bersama Syabab Care. Kita bantu para frontliners yang telah berkorban jiwa dan raga mereka menjaga keselamatan kita sepanjang PKPB ini. Anda sumbang kami sampaikan. Sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun Maybank berikut : 5622 0965 3403 PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN (SYABAB CARE)

Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

13 Rabi’ul Awwal 1442H | 30 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor