Home Artikel PAS Selangor

Perutusan Maulidur Rasul 1442H AKTAR DPPNS – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

237
SHARE

Oleh : AKTAR Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

‎قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (31) قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (32)

Bersempena kehadiran tanggal 12 Rabi’ al-Awwal tahun 1442 hijrah ini,
AKTAR DPPNS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut dan menghayati Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam umumnya dan seluruh anak muda perjuangan khususnya.

Sambutan Maulidul Rasul yang disambut saban tahun oleh umat Islam Di Malaysia buka sahaja sebagai sebuah sambutan, namun ia punyai sejumlah nilai terhubung dengan keimanan dan keyakinan kita.

Pertama, ia mesti diterjemahkan dengan makna kesempurnaan iman dalam mencintai Rasulullah SAW.

Hayati dialog antara Rasulullah SAW dan Saiduna Umar RA:

Saiduna Umar RA berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulallah SAW, adalah tuan lebih dicintai kepadaku Lebih daripada segala perkara kecuali diriku. Maka Nabi SAW bersabda: ‘Tidak, dan demi jiwaku di di genggamanNya, sehingga aku Lebih dicintai kepadamu daripada dirimu sendiri.

Maka, Saiduna Umar ra berkata: ‘Maka sesungguhnya sekarang Demi Allah SWT, Tuan lebih dikasihi terhadap saya Lebih daripada diri saya sendiri’.

Maka Rasulullah SAW memberi jawapan dengan sabdanya: ‘Sekarang wahai Umar’.

Isyarat jawapan Nabi SAW tersebut menunjukkan makna sempurnanya Iman Saiduna Umar dalam mencintai Nabi SAW.

Kedua, maknakan Maulidul Rasul dengan berusaha bersungguh-sungguh menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW di samping menyebarkan manafaat dan kebaikan kepada umat Rasulullah SAW lebih-lebih lagi di waktu fasadnya umat.

Firman Allah SWT:

‎لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

‘Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah’ – Surah Ahzab ayat 21.

Hayati ungkapan berharga Imam al-Bukhari rahimahullah:

‘Muslimin yang paling Afdhal adalah seorang lelaki yang menghidupkan sunnah daripada sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang telah mati ( ditinggalkan ). Maka bersabarlah wahai golongan yang melakukan sunnah, Allah SWT pasti merahmati kalian kerana kalian golongan yang sedikit’ – Petikan kitab al-Jami’ Li Akhlak al-Rawi Wa al-Saami’.

Ketiga, sempurnakan makna penghayatan Maulidul Rasul SAW ini dalam acuan penghayatan perjuangan Rasulullah SAW.

Perhatikan bagaimana Allah SWT mentarbiah umat ini melalui rentetan siri peperangan Rasulullah SAW sejak baginda berumur 53 tahun sehingga wafat.

Baginda SAW tidak pernah berhenti berjuang dalam tempoh 10 tahun terakhir sehingga menjangkau 84 Siri peperangan.

Bayangkan dalam umur sedemikian kita terpaksa berjuang secara purata sebanyak 7 peperangan dalam sebulan!

Mudahan ia menjadi muhasabah terbesar buat kita dalam menyempurnakan bukti kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Benarlah pesanan ulamak:

‘Duduk perkaranya bukanlah semata-mata bagaimana kamu mencintai, tetapi sebenarnya bagaimana kamu akan dicintai’.

Sekali lagi, AKTAR DPPNS mengajak kita semua untuk sama-sama kita menghidupkan sambutan Maulidul Rasul SAW pada kali ini dengan penghayatan ruh perjuangan Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.

Perbanyakkan selawat, ibadah serta hiasi jiwa dan pemikiran dengan menghayati paparan sirah kehidupan Rasul SAW melalui ceramah, pembacaan dan pengisian.

Mudahan Allah SWT terus memimpin kita, untuk mencintai Rasulullah SAW, sekaligus menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah SWT dan bukti perjuangan tulen.

Firman Allah SWT:

‎أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) – Surah al-Baqarah ayat 214.

Salam Maulidul Rasul 1442H.

Terus Berjuang!

Us Syeikh Mujahid
Pengarah Akademi Tarbiah
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor