Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 17 September – Bersempena Sambutan Hari Malaysia semalam, Syabab Care Malaysia bersama NGO PHKP telah turun menyantuni frontliners di Balai Polis Hulu Kelang dengan sumbangan makanan dan minuman seperti roti dan susu kambing.
“Mereka saban hari berkorban jiwa, raga, masa dan lain-lain lagi demi kemaslahatan rakyat bagi memberi keselesaan hidup kepada kita”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga merupakan penggerak utama Syabab Care Malaysia.
Team Syabab Care telah menghulurkan sedikit buah tangan bagi menyenangi hati mereka dengan perkara yang mengembirakan seperti sumbangan makan minum setelah berpenat lelah bertugas melaksanakan amanah negara dalam menjaga keamanan negara.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah menginfaqkan harta mereka melalui Syabab Care Malaysia. “Kami telah sampaikan amanah anda untuk disampaikan kepada para frontliners. Ayuh terus menyumbang bersama kami”, kata beliau.
“Anda sumbang, kami sampaikan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor