Home Berita PAS Selangor

Syabab Care Malaysia dalam usaha membina telaga di Selangor – Naib KP PAS Selangor

268
SHARE

May be an image of 6 people, people standing and indoor

Syabab Care Malaysia Kerjasama Dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Demi Manfaat Ummah – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Alhamdulillah, Syabab Care Malaysia dapat bertemu dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di pejabat kami, Sri Gombak. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk kami membincangkan gerak kerja pembinaan telaga yang kami sedang usahakan di beberapa tempat sekitar Selangor. Pihak LUAS telah membentangkan prosedur-prosedur yang kami perlu ikuti dalam kerja-kerja korek telaga di Selangor.

LUAS merupakan institusi kerajaan negeri yang menguruskan hal ehwal air mentah di Selangor. InsyaAllah kami akan mengikuti segala peraturan yang telah dimaklumkan demi
mencapai misi kami untuk menolong masyarakat dengan cara membina telaga waqaf.

Bila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan terutamanya daripada agensi kerajaan, ia amat melegakan kami dalam usaha untuk membantu masyarakat. Terima kasih LUAS kerana sudi bekerjasama dengan Syabab Care Malaysia. Dalam gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan, kita wajib bekerjasama diantara satu sama lain. Barulah manfaat kepada masyarakat lebih meluas daripada bergerak sendirian. Ayuh kita sama-sama gembeling tenaga bagi manfaat seluruh ummah. “Doakan”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor