Home Berita PAS Pahang

450 ekor ayam buat komuniti Jengka 7

192
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 6 Ogos :: Komuniti Felda Kenanga Jengka 7 di Bandar Tun Abdul Razak dekat sini telah menerima sumbangan 450 ekor ayam daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak semalam.

Ustaz Mujibur Rahman telah dibantu oleh petugas-petugas sukarela yang setia dan ceria mengagihkan sumbangan tersebut kepada semua rumah yang ada di Jengka 7.

Warga Jengka 7 kembali mengharungi detik-detik sukar buat kali ke-3 kerana menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengurus Felda Jengka 7 Ahmad Ridwan Abdul Hamid melahirkan rasa syukur dan gembira kerana sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung penduduk.

“Mereka bukan sahaja berhadapan situasi sukar sewaktu mengharungi PKPD tetapi selepas PKPD kebanyakan pekerja ladang telah berpindah mencari ladang di tempat lain untuk mencari pendapatan,” kata Ahmad Ridwan.

Turut berkongsi perasaan sama ialah Pengerusi JKKK Jengka 7 Ahmad Zubir Abd Rahim.

Ustaz Mujibur Rahman dan pembantu-pembantunya mendoakan agar warga Jengka diberikan kesabaran dan dimudahkan semua urusan oleh Allah SWT.