Home Berita PAS Selangor

Syabab Care ke Kedah dalam Program Jelajah Utara LKK PAS Pusat – Naib KP PAS Selangor

3
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar A-Hayawi

KEDAH, 25 September – Syabab Care Malaysia pada hujung minggu ini telah ke Kedah dalam misi Jelajah Utara Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Pengerusi LKK PAS Pusat, Dr. Rosni serta rombongan, telah mengunjungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Penaga.

Team Syabab Care telah disambut oleh ADUN Penaga, YB Ustaz Yusni Mat Piah yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pulau Pinang.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga penggerak utama Syabab Care Malaysia, mereka turut ke rumah seorang penerima sumbangan iaitu guru PASTI yang mengalami ‘stroke’, menyampaikan sumbangan kepada beliau serta murabitun di sini.

“Ia sebagai penghargaan atas khidmat mereka yang bertugas menjadi petugas jenazah COVID-19 dan murabitun PAS Kawasan Kepala Batas”, kata Muhammad Fadzli.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor