Home Berita PAS Selangor

Lawatan maya JPrDPPM ke JPrDPPN – Ketua Pemuda DPPK Hulu Langat

7
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

KAJANG, 25 September – Malam tadi merupakan lawatan terakhir kami dalam Siri Lawatan Maya JPrDPPM ke JPrDPPN. Perak menjadi negeri terakhir kami singgah secara maya.

Negeri Sembilan merupakan negeri pertama kemudian diikuti dengan Pulau Pinang, Sabah, Kedah, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Melaka, Perlis, Johor, Selangor, Terengganu, Sarawak, Pahang dan Perak.

Antara lain tujuan lawatan maya ini adalah untuk memantau gerak kerja serta persediaan jentera pilihannya pemuda di peringkat negeri.

Dalam lawatan ini, banyak yang dapat dikongsi dan dipelajari daripada mereka yang berpengalaman dalam gerak kerja pilihanraya.

Mengemudi sebuah jabatan penting selaku Pengarah Pilihanraya DPPNS sangat mencabar. Apatah lagi sebelum ini saya tidak pernah memegang apa-apa portfolio yang berkait pilihanraya.

Secara peribadi ianya sangat terkesan buat diri saya yang sebelum ini hanya sinonim dan dikenali dalam gerak kerja kebajikan melalui Jabatan Amal Malaysia.

Namun begitu, apabila diberikan amanah kita sudah pasti akan cuba melaksanakan sebaik mungkin. Saya bersyukur kerana dibantu oleh sahabat-sahabat yang mempunyai pengalaman yang baik dalam strategi dan gerak kerja pilihanraya di Selangor.

Terima kasih buat kepimpinan DPPNS yang diketuai oleh AF Ust Hanafi Zulkapli yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada kami.

Terima kasih buat tim Jabatan Pilihanraya DPPNS. Nama-nama mereka saya rahsiakan. Allah Maha Mengetahui.

Produk penjenamaan program ‘Youth4Green’ yang telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) banyak membantu kami untuk menggerakkan jentera melalui JPrDPPNS.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)

Alhamdulillah, Selangor berada dalam kelompok negeri terbaik dalam pemarkahan yang diberikan oleh pihak sekretariat lawatan.

Semoga seluruh Pemuda PAS khususnya di Selangor terus berada dalam kesiapsiagaan terbaik menghadapi apa jua kemungkinan menjelang PRU15 akan datang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor