Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
HULU SELANGOR, 10 Ogos – 5 orang pelajar telah menerima sumbangan tablet daripada PAS Hulu Selangor yang telah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Mohd Hasnizan Harun. Sumbangan ini bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan untuk belajar secara PdPR ketika pandemik ini.
Difahamkan sebanyak 3 biji tablet telah disumbangkan kepada pelajar terpilih di Pangsapuri Cempaka dan Taman Kasturi, Bukit Beruntung dan 2 biji lagi kepada pelajar di Hulu Yam.
“Alhamdulillah dapat tablet ni rasa bersyukur, sebelum ni guna pun saling berkongsi dengan adik beradik sebab gajet tidak cukup, tapi alhamdulillah bila dapat tablet ni rasa cukup” kongsi seorang penerima tablet hari ini.
“Alhamdulillah dapat membantu dalam pengurusan jadi sangat berguna dapat tablet ini. kadang-kadang guna telefon sendiri tidak berfungsi dan line tidak clear, Terima kasih atas sumbangan ini”, Seorang lagi penerima tablet juga turut berkongsi perasaan yang sama.
Pelajar yang menerima sumbangan itu mengucapkan terima kasih kepada YDP PAS Hulu Selangor atas sumbangan tablet sebentar tadi bagi memudahkan belajar secara PDPR dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor mengucapkan tahniah kepada YDP PAS Hulu Selangor dan penyumbang-penyumbang atas bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan untuk belajar secara PDPR pada musim pandemik ini.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberikan ganjaran kepada pemberi dan penerima sumbangan. Kita hendaklah membantu mereka yang memerlukan khususnya membantu kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan keluarga yang terkesan akibat pandemik.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor