Home Berita PAS Terengganu

Menteri sumbang RM160 ribu untuk pembangunan Maahad Darul Quran

578
SHARE

Oleh: Amar Jaafar

MARANG, 11 Ogos -Menteri Agama, YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri baru-baru ini telah menyumbangkan sebanyak RM 160 ribu untuk dana pembangunan untuk Maahad Darul Quran, Rusila.

Sumbangan itu adalah untuk kegunaan pengurusan Maahad menambahbaik infra dan bangunan bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran dapat di laksanakan dalam keadaan yang lebih selesa.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Maahad Darul Quran (MDQ), YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah. Ustaz Wan Sukairi yang juga Adun Wakaf Mempelam dan dalam ucapannya berharap makin ramai dermawan dapat mencontohi sikap pemurah seperti yang ditunjukkan oleh YB menteri.

Turut hadir dalam program yang sama ialah YB Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi,Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Cikgu Haron Yusof dan Mudir Maahad Darul Quran, Ustaz Ismail Osman.