Home Berita PAS Pulau Pinang

Sumbangan Ramadhan PAS Cawangan Dato’ Keramat Parlimen Nibong Tebal

883
SHARE

Oleh: Juairiah Abdul Rahman

Nibong Tebal: Ahad 27 Mei 2018 / 11 Ramadhan 1439 semalam, PAS Cawangan Dato’ Keramat Parlimen Nibong Tebal sekali lagi berjaya meneruskan agenda berkebajikan dengan mengadakan majlis Sumbangan Dapur Ramadhan bagi meraikan golongan yang memerlukan.

Tahun ini penerima sumbangan telah dipilih, terdiri daripada 30 ahli keluarga dalam kawasan Nibong Tebal yang tergolong dalam kategori orang susah, warga emas dan ibu tunggal.

Sumbangan ini diberikan kepada semua pihak yang memerlukan tanpa mengira perbezaan politik dan ideologi.

Majlis yang turut disertai YDP Kawasan, Tn Mohamad Ahmad telah dengan jayanya dipengerusikan oleh ketua Cawangan Dato Keramat, Sdr Mat Saat Mohamad. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan saudara Nor Zamri bin Latiff Ketua Penerangan Pas Kawasan Nibong Tebal yang merupakan calon Pas DUN Sungai Acheh pada PRU 14 yang lalu.

Pemberian sumbangan telah disempurnakan oleh YDP Kawasan Nibong Tebal Tuan Mohamad Bin Ahmad, turut serta Ahli Jawatankuasa Cawangan yang sentiasa memberi kerjasama yang padu dalam setiap program yang dianjurkan. PAS Cawangan Dato’ Keramat sentiasa cakna tentang kebajikan ahli- ahli serta penduduk sekitar.

Berucap pada majlis itu YDP Tn Mohamad Ahmad berkata selain daripada banyak bersedekah, pada bulan Ramadhan juga dituntut memperbanyakkan membaca Al-Quran apatahlagi sebagai ahli Pas yang ditarbiyah tidak boleh dipisahkan dari Al-Quran.

PAS Cawangan Dato’ Keramat turut mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang yang turut menjayakan program Dapur Ramadhan kali ini.

Akhir sekali, harapan daripada kami warga PAS Cawangan Dato’ Keramat agar program yang murni ini dapat diteruskan setiap tahun, kerana program seperti ini dapat membantu meringankan bebanan kepada golongan yang memerlukan.

Semoga Ramadhan kita akan lebih bermakna.

Beristiqamah hingga kemenangan.