Home Berita PAS Perlis

Sumbangan Muslimat Ceriakan Penduduk Sambut Ramadan

319
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU : Ketika umat Islam meraikan kedatangan Ramadan dengan perasaan gembira, masih ada dalam kalangan masyarakat yang terpaksa menyambutnya dalam keadaan seadanya.

Menyedari akan hal yang demikian, Muslimat DUN Simpang Empat telah mengadakan program ziarah di UDM Behor Mali dan UDM Lat Seribu dekat sini pagi tadi.

Program yang diberi nama Ziarah Kasih Ramadan itu antara lain bertujuan menyantuni penduduk yang kurang berkemampuan di samping menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Menurut Ketua HALWA DUN, Noorfatimah, sebanyak dua buah keluarga telah diziarahi sepanjang program berkenaan.

“Di UDM Behor Mali, sumbangan diberikan kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan 5 orang anak yang berumur 4 sehingga 13 tahun termasuk seorang yang berstatus OKU.

“Manakala di UDM Lat 1000, kami telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga, terdiri daripada suami yang mempunyai penyakit kronik, isteri menghidapi penyakit mental dan 6 orang anak dengan salah seorang daripadanya juga berstatus OKU.

“Harapan kami agar dengan sedikit sumbangan yang diberikan ini mampu memberikan kegembiraan buat mereka menyambut bulan Ramadan pada kali ini,” katanya ketika ditemui.