Home Berita PAS Perlis

Penduduk Guar Sanji Terima Bakul Makanan

277
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Satu majlis Penyerahan Bakul Makanan Permai JKM telah diadakan bertempat di Kampung Semut Gatal, Guar Sanji, dekat sini pada 11 April lalu.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Guar Sanji.

Seramai 120 orang wakil isi rumah, hadir menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Serahan Bakul Makanan Permai JKM telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Mohd. Ridzuan ketika ditemui berkata, para penerima terdiri daripada mereka yang menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis.

“Daripada respon yang diterima, rata-rata masyarakat yang ditemui menyambut baik program ini (Bakul Makanan Permai JKM) yang menurut mereka, membantu meringankan beban hidup rakyat khasnya yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda pada ketika ini.

“Insya Allah, lebih ramai penduduk akan menerima Bakul Makanan Permai JKM ini yang agihannya dibuat secara berperingkat,” katanya.