Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Ahmad Fansuri
SUNGAI BESAR, 9 September – Sebuah NGO iaitu Warga Prihatin Selangor (PRIHATIN) telah memberikan amanah kepada PAS Kawasan Sungai Besar untuk menyalurkan bantuan buat mangsa kepala air di Yan, Kedah.
Pengerusinya, En. Azman bin Sahudin telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Setiausaha PAS Kawasan, En. Zulkifli bin Ibrahim pagi tadi untuk disampaikan kepada pihak yang menguruskan pengurusan bencana alam di sana.
“Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan insyaallah sangat membantu kepada mangsa-mangsa ini untuk memulakan semula kehidupan selepas bencana ini.”
Sumbangan orang ramai, boleh disalurkan ke akaun Warga Prihatin Selangor (2-00-5571-00008737-0 : Agro Bank).
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor