Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Kesembuhan daripada virus wabak Covid-19 adalah anugerah terbesar kerana kebanyakan yang dijangkiti akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih dengan sepenuhnya. Kesan-kesan virus ini juga semakin lama semakin parah. Ada sebuah kes dimana simptom jangkitan virus tersebut tiada, namun pesakit tiba-tiba bertukar menjadi parah sehingga menyebabkan maut.
Kini kebanyakan hospital yang telah mencapai tahap maksimum penggunaan katil ICU dan hampir setiap hari para doktor perlu membuat mesyuarat memilih pesakit yang paling berpotensi hidup untuk menduduki katil-katil yang berbaki tersebut.
Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care Malaysia telah sampaikan sumbangan kepada 3 buah keluarga yang ditimpa musibah akibat Covid 19 di Gombak dan Selayang.
Menurut beliau, ada dikalangan mereka yang telah kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19. Ada yang terpisah ahli keluarga akibat Covid-19 dan pelbagai lagi kisah sedih yang menimpa mereka. Bersimpati mendengar khabar ini, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian kepada mereka. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.
Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.
“Anda sumbang, Kami sampaikan”
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403
Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor