Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kecemasan lockdown KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

46
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

PAS Kawasan Kota Raja masih meneruskan bantuan melalui KRCAMALSELANGOR buat rakyat tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 kerana kebanyakannya yang hilang punca pendapatan dan dibuang kerja. Sumbangan kecemasan lockdown KRCAMALSELANGOR diteruskan seperti biasa.

Berikut merupakan penerima-penerima yang telah dibantu :

1. Puan Normashitah, Ibu tunggal kerana kematian suami dan menanggung 3 orang anak. Beliau buta kedua-dua belah mata. Alhamdulillah mendapat Bantuan Bulanan LZS

2. Puan Mazlina, Ibu tunggal kepada 5 orang anak. Salah seorang anak perempuan beliau buta sejak berusia 10 tahun.

Semoga sumbangan kecil ini memberi sedikit harapan kepada penerima dan pahala kebajikan para penyumbang.

PAS Kawasan Kota Raja meninggalkan pesanan buat penerima tersebut, “kepada mereka berdua, jangan pernah putus asa dengan ujian Allah, jangan tinggalkan doa dan solat dan juga rajinkan diri hadiri kelas online LZS.

Jika ada maklumat mereka yang memerlukan bantuan sepanjang lockdown sila PM ke 0115309 2056 – Ust Mohd Yusof Abdullah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor