Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja kembali memberi sumbangan kebajikan pek kecemasan lockdown, kali ini seorang guru PASTI Kota Raja yang mempunyai 5 orang anak dan merupakan antara yang sedang dikuarantin di rumah. Suami beliau masih di ICU Hospital Shah Alam.
Juga seorang lagi penerima yang merupakan seorang peniaga kecil harian yang menanggung 8 orang anak. Pendapatan beliau terhenti akibat terpaksa ditutup mengikut ketetapan lockdown ini. Lantaran pula, beliau juga mempunyai seorang anak yang positif Covid-19 dan semua ahli keluarga kini terpaksa dikuarantin di rumah.
Alhamdulillah PAS Kota Raja telah membantu mereka-mereka ini. Mungkin barangan bantuan ini nampak sangat ringkas tetapi kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan ia mungkin nampak sangat berharga dan sebagai penyelamat. Semoga PAS Kawasan Kota Raja dapat membantu lebih ramai individu-individu mahupun keluarga-keluarga yang sangat memerlukan bantuan meliputi seluruh kawasan Kota Raja.
Sedikit pesanan daripada PAS Kota Raja, ” berhati-hati dengan situasi pendamik Covid-19. Sentiasa patuhi SOP. Keluar rumah hanya bila perlu sahaja. Daftar segera Di My Sejahtera untuk Program Vaksinasi dan jangan bertangguh. Kesihatan Awam adalah tanggungjawab Kita semua”.
Jika ada laporan jiran, keluarga dan lain-lain yang memerlukan bantuan sepanjang lockdown boleh segera hubungi talian Kecemasan KRC : 011 5309 2056 – Ust Mohd Yusof Abdullah
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor