Home Berita PAS Terengganu

Munajat rakyat pohon kesejahteraan Negeri Terengganu

167
SHARE

MUNAJAT RAKYAT POHON KESEJAHTERAAN TERENGGANU

Sebagai umat Islam, kita harus beriman dan percaya bahawa Allah SWT yang mendatangkan penyakit dan DIA jua yang menyembuhkan. Adapun kita sebagai hamba, diwajibkan berusaha dan berikthiar untuk merawat penyakit yang menimpa. Seperti disebutkan dalam kaedah Maqasid Syariah, salah satunya adalah menjaga nyawa.

Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi mengadakan program Munajat Rakyat Terengganu bagi memohon kesejahteraan dan perlindungan daripada pandemik Covid-19.

Selain berusaha mengikuti dan mematuhi ketetapan serta SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, kita diajar untuk memohon kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

وَاِذَا مَسَّ الْاِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْۢبِهٖٓ اَوْ قَاعِدًا اَوْ قَاۤىِٕمًا ۚفَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهٗ مَرَّ كَاَنْ لَّمْ يَدْعُنَآ اِلٰى ضُرٍّ مَّسَّهٗۗ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِيْنَ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan. (Yunus : 12)

Ayuh, rakyat Terengganu. Bersama-sama kita sertai Munajat Rakyat Terengganu pada Khamis-Jumaat | 17-18 Jun 2021 ini.

Semoga usaha dan ikhtiar kita, yang diiringi permohonan doa munajat ini diterima oleh Allah SWT dan seterusnya dapat mengurangkan penularan wabak yang melanda, lalu dihilangkan dari muka bumi ini.

YB Senator Dato’ Hj Husain Awang
Pesuruhjaya PAS Terengganu.

#TeguhPertahan #IslamMemperkukuhPerpaduan