Home Berita PAS Selangor

Sumbangan cakna Covid-19 – PAS Kawasan Sepang

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEPANG | 150 Bakul Prihatin daripada Perikatan Nasional sedia untuk diagihkan ke seluruh Parlimen Sepang. Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan dan terjejas akibat penularan Covid-19. Tidak ketinggalan, bantuan juga akan disalurkan kepada keluarga pesakit Covid-19.

PAS Sepang dan beberapa parti komponen daripada Perikatan Nasional berikrar untuk terus komited menyantuni golongan yang memerlukan di Sepang khususnya.

Turut hadir mewakili PAS Sepang adalah YBrs Ust. Tn. Yusmi Hanif bin Ariffin Naib YDP PAS Kawasan Sepang juga merangkap Penyelaras Khidmat Malaysia PAS Parlimen Sepang, Ust Kharul Azwar Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sepang, Tn Hj Khuzaini Ahmad Ketua Cawangan PAS BBST (U), wakil Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sepang, wakil GERAKAN, serta wakil komuniti setempat.

Terima Kasih diucapkan kepada YB Menteri KPWKM Dato Seri Rina MH, YBHg. Dato’ Haji Suhaimi Ghazali Ketua Bahagian BERSATU, Tn Shahmi Shamsuddin, Ketua ARMADA Sepang atas komitmen yang berterusan ini. Semoga Allah merahmati dan permudahkan kesatupaduan kita ini.

Bagi orang ramai yang berminat untuk bersama mereka membantu golongan yang memerlukan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada akaun berikut :-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 12029010003342
Akaun : PAS KAWASAN SEPANG

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor